6 years ago
Friday, September 4, 2009
Blueberry Cheese Tart
SWEET PASTRY
*Berat pastri yang terhasil lebih kurang 780 g.
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla
Bahan B
1 biji telur
Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu
Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.
* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar
Ha this one my favourite so expensive if wanna buy so i make my own cheese tart...wallahhhhhhh
BLUEBERRY CHEESE TARTS
Bahan-bahan
300 g Sweet Pastry
Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula
25 g mentega
Bahan B
1 biji telur
Bahan C
25 g whipping kream
Bahan D
20 g tepung
Blueberry filling
Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.
Nota :-
* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.
* Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)
* Strain (tapis) blueberry filling tersebut supaya filling tersebut dapat keluar dengan lancar sekiranya menggunakan piping bag ketika menghias. (Ini terkena batang hidung sendiri hari tu, bila nak pipe buat bentuk spider web tak jadi sebab tersumbat-sumbat dan berbiji-biji)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment